Jumat, 21 September 2012

SOLAT SUNAT TAUBAT

Selagi masih bernafas, segeralah bertaubat kepada Allah SWT. Masih belum terlambat lagi melakukan sekarang. Jangan tunggu esok, minggu depan,bulan depan atau sudah bersedia baru nak bertaubat. Takut tak sempat nanti, bila-bila masa sahaja ajal kita boleh diambil oleh sakaratul maut. Pada masa itu tertutupnya pintu taubat maka mati anak adam itu sia-sia sahaja.

Sabda Nabi SAW:

“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum rohnya berada di kerongkong (Sakaratul maut), maka Allah menerima taubatnya”.

ALLAH SWT sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: 

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah SWT telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: 

“Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat:

  • Ikhlas ingin bertaubat. 
  • Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi. 
  • Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan. 
  • Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya. 
  • Dikerjakan sebelum ajal tiba. 
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati ber-erti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

Waktu di lakukan, bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

Lafaz niat: 

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ 

Usalli sunnatal Taubati rak'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya

"Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Bacaan Dalam Solat

1. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran. (Surah Al-Kafirun).

2. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran (Surah Al-Ihklas).

Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),


Ertinya

“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar berikut:


Ertinya: 

Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah, dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,


Ertinya

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

SOLAT HADIAH UNTUK ARWAH

Rasulullah SAW bersabda, 

“Kematian adalah hadiah yang sangat berharga bagi orang yang beriman.” Ini beliau katakan kerana “dunia adalah penjara bagi orang yang beriman,” yang dia terus-menerus berada dalam situasi dan keadaan sulit yang akan menyiksa jiwanya, dan juga kerana perjuangannya maupun penolakanya terhadap hawa nafsunya sendiri. Baginya, kematian adalah keterbebasan dari siksaan ini dan hal ini menjadi “hadiah yang tak ternilai”.

Kepada pembaca yang budiman,

Adakah semasa arwah hidup dahulu, pernahkah anda mengembirakan hatinya dengan memberi hadiah walaupun sekali? Sebagai anak yang baik tentu akan memberinya hadiah setiap kali dapat gaji atau menghulur wang ringgit sebagai mengenangkan jasanya membesarkan anda sehingga hari ini.

Jangan lupa selepas arwah tiada lagi, hadiah yang sebaik-baiknya adalah doa-doa anak-anak serta menghadiahkan bacaaan surah-surah serta mengadakan tahlil baginya. Anak yang soleh setiap kali solat akan sentiasa mendoakan kepada ibubapanya. Anak-anak yang tidak berdoa kepada arwah setiap kali selepas solat adalah anak yang derhaka.

N3 kali ini captain nak terangkan bagaimana untuk mengerjakan "Sembahyang Hadiah" untuk arwah ibu atau bapa yang baru dikebumikan. Memang hebat siksaan yang akan dialami oleh arwah yang baru dikebumikan. Maka dianjurkan keluarga simati itu untuk Sembahyang Hadiah.

Dengan Sembahyang Hadiah itu, kemungkinan siksaan yang akan dialami oleh arwah itu akan terelak. Semuga Allah SWT dengan sifatnya yang Rahman dan Rahim itu akan memberi kebaikan dan kebahagiaan yang abadi.

Berdasarkan riwayat, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Maksudnya: 

"Pada malam pertama mayat dikebumikan, keadaan mayat itu berada didalam keluh kesah. oleh kerana itu, kasihanilah kamu untuk mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah sembahyanglah 2 rakaat, baclah padanya pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu ayat kursi, satu kali al-Takathur dan 10 kali surah al-Ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam."

Sembahyang Hadiah dilakukan di waktu malam hari sesudah Sembahyang Mahgrib atau Isyak dimana siangnya arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam.

Cara Sembahyang Hadiah

1. Lafaz niat.


Ertinya:

“Sahaja aku sembahyang hadiah dua rakaat sunat kerana Allah Taala”

2. Pada rakaat Pertama dan kedua baca surah berikut:-

  • Al-Fatihah - 1x. 
  • Ayat Kursi - 1x. 
  • Surah At Takatsur - 1x. 
  • Surah Al-Ikhlas - 10x. 

3. Sesudah memberi salam, maka eloklah dibacakan doa yang tersebut: 


Ertinya:

"Ya Allah!, Sesungguhnya aku sembahyangkan sembahyang ini, dan Engkau Maha Mengetahui apa yang aku maksudkan, Ya Allah! aku memohonkan kepadaMu, kiranya Engkau sampaikan pahalanya kepada kuburan si Fulan bin si Fulan". (Nama Arwah)

Begitulah caranya untuk melakukan sembahyang hadiah.

Sekian Wasallam.

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Di antara fadhilat solat witir ialah:

1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain.

"Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

Agen pulsa all operator

 SUPER TELKOMSEL PROMO ======================= 🍒 TMP5 = 4.975 🍒 TMP10 = 9.975 SUPER INDOSAT PROMO =============== 🧀 IMS5 = 5.395 🧀 IMS10...