Sejak  kebelakangan ini ramai kawan dan kenalan rapat yang meninggal dunia  termasuk bapa mertuaku yang kembali kerahmatullah baru-baru ini.  Insya-Allah, mereka yang pergi itu yang baik-baik akhlaknya. Sewaktu  menziarahi jenazah seorang kawan yang meninggal bulan lepas di Teluk  Intan, lalu secara tiba-tiba timbul pertanyaan di hatiku, kenapa orang  baik mati cepat? Walaupun aneh kedengarannya, tetapi soalan itu menerjah  juga tanpa dapat ditahan-tahan. 
d. Lafaz niat untuk jenazah kanak-kanak perempuan (hadir):
Selepas Takbir Ketiga dibaca: Doa:
“Kenapa  orang baik mati cepat?” tiba-tiba soalan yang sama dilontarkan oleh  seorang kawan lain yang sama-sama menziarahi Allahyarham. Aku terkejut. 
“Kenapa? Orang jahat mati lambat?” balas aku. Dia tersenyum.
“Dalam pengalaman, ramai orang baik mati cepat. Lihat kawan kita ini baru mencecah 45 tahun sudah dijemput pulang.”
Aku  termenung mencari makna dan kata-kata. Aku yang “lebih tua” ini belum  mati. Mungkin aku tidak sebaik dia. Mungkin Allah SWT memberi keinsafan  kepada aku supaya banyak bertaubat supaya tidak lupa suatu hari sampai  masa dan ketika giliran aku kesana. Tapi aku tak bersedia lagi.  Anak-anak belum habis belajar, amal jariah masih kurang. Semuga Allah  SWT memanjangkan umur ku supaya dapat memperbanyakkan ibadah dan membuat  kebaikan dan menolong orang lain yang memerlukan. 
Hari  ini aku sembahyang jenazah kawan aku. Pasti suatu hari nanti aku  disembahyangkan oleh orang lain pula. Ingat kata-kata ini "Sembahyanglah  kamu sebelum kamu disembahyangkan". Marilah kita belajar cara-cara  solat jenazah.
Kematian  adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana  ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi menuju  hari akhirat. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati  bersih memperolehi kejayaan.
Menguruskan  jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu  sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya  sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab  itu. 
Namun  dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk  melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi  muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan  sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk  melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita  meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya  sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. Orang lain solat  jenazah ibubapa kita sedangkan kita hanya ikut-ikut pergerakan mereka  tanpa tahu apa-apa berkenaan solat jenazah. 
Perlu  diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat  menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia  menuruti jejaknya suatu hari nanti. 
Dengan  adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat  memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian  agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak  fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung  kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.
PANDUAN SOLAT JENAZAH   
Dalam  mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara  berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya  setiap satu saf dua orang.
Bagi  orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan  orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah  disolatkan oleh orang lelaki.
Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.
1. Cara mengerjakan Solat Jenazah.
Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.
Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.
Tentang  tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid,  di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan  syarat tempatnya itu luas dan bersih.
2. Rukun Solat Jenazah.
Solat  jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya  hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga  tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :
i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Bertakbir empat kali.
iv. Salam
3. Lafaz niat solat jenazah:
a.  Lafaz niat solat jenazah lelaki dewasa (hadir) :
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir Imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan dewasa (hadir):
(Sahaja aku sembahyang ke atas perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana allah Ta'ala)
c. Lafaz niat untuk jenazah kanak-kanak lelaki (hadir):
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
e. Lafaz niat untuk jenazah lelaki (ghaib):
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat lelaki si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan (ghaib):
(Sahaja aku sembayang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
f. Lafaz niat untuk jenazah ramai:
(Sahaja aku sembahyang ke atas semua mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.
Selepas Takbir Pertama dibaca : Al-Fatihah
Selepas Takbir Kedua dibaca : Selawat Ibrahimiah:   Selepas Takbir Ketiga dibaca: Doa:
Selepas Takbir yang Keempat dibaca doa ini:
Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri dengan membaca Surah Al-Ikhlas 7 x.















